Aktiviti & Berita

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT MBI 1444H/2023M

10 April 2023 - Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat MBI 1444H/2023M anjuran Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) dan Radio TV MBI telah diadakan pagi tadi bagi menyemarakkan lagi syiar Islam di Bandaraya Ipoh disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga MBI yang beragama Islam.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan sambutan tersebut yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Encik Ahmad Marzuki b. Abdul Aziz, Yang Dipertua PERKIP, Al Fadhil Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan, Johan Qari Tilawah Peringkat Antarabangsa Tahun 2000 & 2004 selaku Penceramah Jemputan, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Jabatan MBI.

Sambutan Nuzul Al-Quran yang diadakan sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini akan dapat mengisi pelbagai program bermanfaat kepada warga MBI yang beragama Islam.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar menyeru umat Islam khususnya warga MBI agar bersungguh-sungguh dengan iltizam tinggi berusaha menguasai dan mempelajari, memahami, menghayati serta mengamalkan ilmu dan isi kandungan Al-Quran, kerana dengan kefahaman serta penghayatan terhadap Al-Quran sahaja, umat Islam khususnya warga MBI berupaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pembangunan modal insan dan juga pembangunan material secara seimbang, iaitu pembangunan rohani dan jasmani.

MBI melalui Jawatankuasa Kecil Agama Islam MBI akan terus memartabatkan syiar Islam melalui pelbagai program keagamaan yang akan terus diperkasakan serta diteruskan pelbagai program keagamaan khususnya dalam Radio TV MBI seperti Soal Jawab Agama, Dari Mahkamah Syariah serta ceramah-ceramah dalam slot agama.

Semoga umat Islam khususnya warga MBI akan terus menjadikan Al-Quran sebagai sumber hidayah, petunjuk, rahmat serta panduan hidup kepada manusia.

339991205 882886396110486 7376577575524744395 N
339993113 768395968285606 743290012233852873 N
339997635 543341354590768 519714013155150915 N
340086923 719609569898380 7661962830801521346 N
340171647 958147118932176 5125459628995895928 N
340555700 973290450507000 349487036793499092 N
340610507 1403711887029707 4740398595799795141 N
340644134 973992683978834 5911311508736420722 N



mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7029950