17 April 2023- Seramai 135 orang warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sumbangan duit raya sempena Aidilfitri menerusi program MBI Prihatin.
Sumbangan tersebut telah disampaikan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh malam tadi.
Hadir sama pada program berkenaan, Ahli Majlis, Pengarah kanan, Pegawai dan anggota MBI.
Pemberian sumbangan berkenaan diharap dapat menceriakan warga kerja MBI yang kurang berkemampuan dalam menyambut perayaan Adilfitri tahun ini.