5 April 2023-MBI telah mengadakan Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2023 secara langsung melalui 'Facebook' di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI pagi tadi.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir menyempurnakan 30 cabutan utama Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2023.
Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan 230 hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM76,000 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama bernilai RM20,000.00. Ini merupakan tahun kedua pihak Majlis menawarkan hadiah secara wang tunai.
Bagi pembayar awal Cukai Taksiran Tahun 2023, pihak Majlis telah menyediakan sebanyak 30,000 beg mini dengan cetakan logo MBI sebagai penghargaan.
Mulai tahun ini, pihak Majlis juga telah membuka peluang penyertaan kepada SEMUA saluran pembayaran yang membuat pembayaran Cukai Taksiran Setahun dan tanpa tunggakan iaitu di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter PBT Perak serta pembayaran atas talian iaitu pembayaran melalui Portal MBI (d-mbi@ipoh), PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet. Bagi pembayaran atas talian dan juga melalui agen kutipan, slip cabutan bertuah akan diproses secara automatik oleh pihak Majlis ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan
Bertuah.
Pada tahun 2023 sebanyak 141,283 bil telah dibuat pembayaran setahun yang mencatatkan jumlah bayaran lebihan sebanyak RM 34.16 juta.
Sejumlah 230 pemenang cabutan bertuah iaitu 200 pemenang bagi hadiah saguhati dan 30 pemenang bagi hadiah-hadiah utama telah dipilih dalam sesi cabutan bertuah tersebut.
Bagi hadiah-hadiah cabutan bertuah utama akan dibuat sekali lagi pada tarikh yang akan ditetapkan bagi menentukan hadiah utama yang akan dimenangi.
Semoga program ini akan dapat memberi penghargaan kepada wargakota Ipoh yang telah menjalankan tanggungjawab serta berharap sokongan padu yang berterusan dari wargakota kepada Majlis akan membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bandaraya Bestari Sejahtera.
<<< SEMAK SENARAI PEMENANG HADIAH UTAMA >>>