19 Januari 2023 - Sesi perjumpaan Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Kontinjen MBI ke Kejohanan Sukan MALA 2022 di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI pagi tadi.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut menyampaikan amanat, diperkenalkan kepada pengurus-pengurus pasukan serta menyerahkan bendera kontinjen kepada semua pasukan yang bertanding.
Semoga kontinjen MBI beroleh kejayaan yang cemerlang di Kejohanan Sukan MALA 2022.