Aktiviti & Berita

SESI TOWNHALL PELANCONGAN SEMPENA TAHUN MELAWAT IPOH 2023

10 Februari 2023-Sesi Townhall sempena Tahun Melawat Ipoh 2023 telah dianjurkan oleh MBI untuk membincangkan serta mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai peranan agensi pelancongan dan pemain industri pelancongan dalam membantu mempromosikan produk-produk dan lokasi-lokasi yang menarik di Bandar Raya Ipoh serta pakej-pakej pelancongan yang boleh disediakan oleh hotel-hotel dan juga agensi-agensi pelancongan di Hotel Exelsior pagi tadi.

Ini adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Bandar Raya Ipoh dan matlamat yang diharapkan tercapai serta memastikan kita tidak merasa selesa dengan jumlah pengunjung yang ramai di Perak kerana mengikut data yang dibekalkan oleh Tourism Malaysia seramai 443,900 orang mengunjung ke Perak pada tahun 2021.  

Walaupun statistik ini menunjukkan ramai pengunjung datang ke Perak, namun demikian KDNK adalah rendah.

Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Clr. Dato' Ahmad Hariri bin Kamaruddin, AhliMajlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan MBI, AhliMajlis MBI, Y.Bhg. Dato' Odzman Kadir, Presiden Persatuan Pelancongan Perak, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan MBI, agen pelancongan dan pemain industri pelancongan negeri Perak.

Usaha TMI 2023 adalah untuk menukarkan bilangan pengunjung kepada kedatangan pelancong yang mana akan menyumbang kepada KDNK.

MBI berhasrat untuk meningkatkan kedatangan pelancong dari negeri-negeri lain termasuk dari luar negara baharulah kita boleh berbangga sebagai sebuah bandar atau negeri yang menjadi tumpuan pelancong.

Pelaksanaan Tahun Melawat Ipoh 2023 atau secara ringkasnya TMI 2023 adalah selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Ia adalah di bawah Agenda Utama Ke-6 (Pillar Ke-6) Pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu di bawah tajuk Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri.

Ia juga adalah sebahagian daripada Agenda atau Flagship  Ke-10 iaitu ekonomi Pengalaman yang berteraskan empat (4) sektor utama termasuk pelancongan.

Ipoh Bandar Raya Pelancongan Utama Negara 2025 adalah salah satu perkara yang dimasukkan dalam Pelan Perancangan Strategik Majlis Bandaraya Ipoh 2021 -2030.

Sebagai sebuah Pihak berkuasa Tempatan yang menuju ke arah sebuah negara maju, peranan Majlis Bandaraya Ipoh perlu diperluaskan dengan membawa ke arah pemikiran globalisasi.
Pelancongan Bandar Raya Ipoh diperluaskan sebagai Wilayah Pelancongan Greater Ipoh yang melibatkan empat Pihak Berkuasa Tempatan iaitu:

(i)    Majlis Bandaraya Ipoh;
(ii)  Majlis Perbandaran Kuala Kangsar;
(iii)  Majlis Daerah Kampar;
(iv)  Majlis Daerah Batu Gajah.

TMI 2023 juga boleh dianggap sebagai showcase untuk Tahun Melawat Perak 2024 dengan memperkenalkan produk-produk pelancongan menarik di bandar raya ini selaku ibu Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ia merupakan satu langkah persediaan untuk meletakkan bandar raya Ipoh dalam peta pelancongan sebelum Tahun Melawat Malaysia 2025.

TMI 2023 diharap akan dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung ke Bandar Raya Ipoh yang secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan dalam industri perhotelan, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

Aspek pelancongan Bandar Raya Ipoh dibahagikan kepada lokasi-lokasi dan produk-produk berdasar kepada konsep 3H iaitu:

Heritage:  Bangunan warisan dan geopark:
Terdapat 27 bangunan-bangunan dengan senibina kolonial dan warisan bersejarah di Bandar Raya Ipoh yang merupakan daya tarikan kepada pelancong-pelancong luar negara.
Manakala, lokasi Bandar Raya Ipoh yang terletak di sebuah lembah yang dikelilingi oleh gunung ganang dan bukit-bukit batu kapur adalah satu keunikan alam semula jadi.
Geopark Lembah Kinta diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan pada 18 Julai 2017 dan pemasyhurannya telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 25 Oktober 2018.
Kawasan ini dapat meningkatkan industri geo- tourism.

Hipster:    Makanan, seni dan budaya:*
PlanMalaysia telah menyediakan kajian foodtrail yang memaparkan lebih dari 30 hipster café di Pekan Baharu, Pekan Lama dan Greentown di kawasan Bandar Raya Ipoh.
Bandar Raya Ipoh memiliki kekuatan aset dan kreativiti dalam industri muzik.
MBI sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan Bandar Raya Ipoh sebagai Creative City dari UNESCO dengan pengkhususan kepada muzik.
Faktor pendorongnya inisiatif ini adalah kerana Ipoh mempunyai banyak komuniti dan seniman muzik kontemporari pada semua peringkat usia.
PORT adalah agensi yang berada di hadapan dan boleh menjadi penggerak dan sebagai fasilitator aktiviti  seni kreatif di Ipoh / Perak yang berpotensi menjadi rakan strategik dalam proses pencalonan berkaitan.
Maklumat-maklumat asas berkaitan industri seni di Ipoh yang diperolehi oleh pihak PORT boleh membantu memudahkan proses penyediaan dossier berkenaan kepada pihak UNESCO.
Health: Rawatan kesihatan dan fasiliti sukan serta rekreasi:
Medical Tourism merupakan satu proses untuk mempromosikan perkhidmatan rawatan perubatan dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Bandar Raya Ipoh.
Pembangunan hospital-hospital baharu dengan penambahan katil-katil di hospital-hospital sedia ada dapat menampung kemasukan pesakit-pesakit dari luar negara.
Selain dari itu, fasiliti-fasiliti sukan dan tempat-tempat rekreasi di Bandar Raya Ipoh juga dapat memberi perkhidmatan dalam pengamalan gaya hidup sihat.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan akan dilaksanakan sebagai tarikan pelancongan seperti aktiviti kelab motor / kereta, persembahan kebudayaan, aktiviti sambutan perayaan-perayaan, sukan peringkat nasional dan antarabangsa dan sebagainya.
Semoga sesi townhall ini akan membantu MBI untuk menjayakan misi Ipoh sebagai sebuah bandar pelancongan utama pada tahun 2025  dan berharap semua agen dan pemain pelancongan akan bergerak dan memainkan peranan masing-masing secara aktif.

WhatsApp Image 2023 02 13 At 082828
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082828 1
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082829
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082830
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082832
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082832 1
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082833
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082833 1
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082833 2
WhatsApp Image 2023 02 13 At 082834
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030585