14 Mac 2023-Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya menyempurnakan perasmian Kempen Derma Darah anjuran bersama MBI dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ruang Legar Bangunan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh pagi tadi.
Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya turut menderma darah bersama-sama ketua jabatan dan anggota MBI.
Semoga kempen derma darah ini akan membantu mengisi tabung darah HRPB bagi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.