Aktiviti & Berita

STATUS LAMPU LIMPAH DI STADIUM PERAK, IPOH

 
23 Februari 2023-Tuan Haji Khairul Anuar bin Lodin, Pengarah Kanan Teknikal MBI telah mewakili Datuk Bandar Ipoh mempengerusikan Sidang Media Mengenai Kecurian Kabel dan Komponen Lampu Limpah di Stadium Perak malam tadi.
 
Hasil kerjasama dan usaha daripada pihak Majlis dan kontraktor, kerja-kerja pembaikan telah sempurna dibaiki dan hasil pemeriksaan oleh pihak MFL telah mencapai kehendak kadar lampu limpah untuk perlawanan bolasepak Liga MFL Sabtu ini.
 
Untuk makluman, pada 14 Februari lalu, ketika pihak Majlis sedang membuat kerja-kerja selenggara lampu limpah bagi persiapan Liga MFL, pasukan selenggara Majlis mendapati bilik High Mast Pole No.3 telah dipecah masuk.
 
Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Pihak Majlis juga telah membuat laporan polis pada hari kejadian dan siasatan telah dijalankan oleh pihak polis.
 
Sehubungan dengan itu, pihak Majlis telah memulakan kerja-kerja pembaikan kabel serta komponen yang terjejas dengan kadar segera pada 17 Februari 2023 (Jumaat) sehingga 22 Februari 2023 (Rabu) sepertimana komitmen yang telah diberikan oleh YBhg.
Datuk Bandar kepada pihak Perak FC seperti berikut:
 
a) Ballast 2000 Watt sebanyak 18 unit
b) Kabel PVC / PVC bersaiz 6mm 2 teras
c) Kabel PVC / SWA / PVC bersaiz 50mm 4 teras
d) Bulb 2000 Watt sebanyak 15 unit
 
Pihak Majlis telah membuat pengukuran pencahayaan lux dan telah melepasi syarat minimum yang ditetapkan oleh MFL iaitu 1200 lux.
 
Semoga ia akan membantu persiapan pasukan Perak FC dalam Liga MFL tahun ini.

332784038 506647301436058 3929864395124655577 N
332892829 895761068516360 3774415307940552392 N
332906336 7052987974727927 9180924731478409775 N
332922156 747698719995695 1119894979853047485 N
332953758 1377227126425577 2568415405930548995 N
332953927 645027674297083 5880926286645327982 N

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030443