Aktiviti & Berita

TAHNIAH ....MBI RAIH ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH TAHUN 2022

17 Januari 2023 - Penyertaan kali pertama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022) anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) tidak menghampakan dan membanggakan apabila berjaya meraih Anugerah Gangsa dalam Majlis Penyampaian AIGA 2022 di Dewan Auditorium, Institut Integriti Malaysia petang tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan MBI membawa pulang plak kemenangan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato Sri Akhbar Abdul Sata @ Satar, Ahli Lembaga Pengarah IIM.
Dalam Majlis Penganugerahan berkenaan, MBI telah diwakili oleh Setiausaha Bandaraya, Tuan Ahmad Munir Bin Ishak serta urusetia daripada Unit Integriti Majlis Bandaraya Ipoh.
Anugerah tersebut melibatkan lebih 100 Jabatan dan agensi seluruh Malaysia. Penilaian anugerah berkenaan telah dijalankan pada bulan Oktober dan November 2022 secara maya.

Semoga pengiktirafan yang diperolehi MBI ini akan memberikan suntikan semangat kepada warga MBI untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat wargakota Ipoh berlandaskan tadbir urus dan tatakelola yang mantap.

WhatsApp Image 2023 01 18 At 122236
WhatsApp Image 2023 01 18 At 122236 1
WhatsApp Image 2023 01 18 At 122236 2
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030866