Aktiviti & Berita

TAHNIAH...MBI RANGKUL ANUGERAH DIAMOND DALAM MAJLIS ANUGERAH DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2022

20 FEBRUARI 2023-Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakar kejayaan apabila merangkul dua kategori Anugerah Diamond dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022.

Dengan kejayaan itu, MBI sekali gus menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tunggal di negeri Perak menerima pengiktirafan berkenaan di bawah inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Penganjurannya bertujuan untuk merai dan mengiktiraf hasil usaha dan komitmen tinggi yang diberikan oleh kerajaan negeri, PBT, badan-badan kerajaan dan organisasi swasta dalam melaksanakan inisiatif pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) di kawasan masing-masing menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (Low Carbon Cities 2030 Challenge - LCC2030C).

Kejayaan yang dikecapi oleh MBI adalah berdasarkan kepada kategori Anugerah 4 Diamond Recognition iaitu Kategori Zon Bandar Rendah Karbon (Kawasan Perancangan Pusat) dan Anugerah 5 Diamond, Kategori Rakan Kongsi Rendah Karbon (Bangunan UTC PERAK).

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengarah Kanan-Kewangan MBI, Puan Hajah Saidatul Akma Jamaludin selaku wakil Datuk Bandar bersama Pengarah Perancangan Bandaraya, Tpr. Tuan Haji Zainal Abdul Hamid telah menerima anugerah berkenaan sekali gus membawa pulang plak dan sijil penyertaan.

Semoga anugerah yang diperolehi tersebut akan menjadi pemangkin kearah menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon 2030, serta dapat menggalakkan wargakota Ipoh menggunakan teknologi hijau dan mengeluarkan karbon rendah melalui penggunaan sumber efisien dan mengurangkan pembaziran di Bandaraya Ipoh.

WhatsApp Image 2023 02 22 At 134616
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134616 1
WhatsApp Image 2023 02 22 At 134617

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030441