Aktiviti & Berita

TAKLIMAT 5G & LAWATAN KE PUSAT OPERASI BERSEPADU IPOH (IIOC)

3 Februari 2023-YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan & YB Mohd Azlan Helmi Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO telah mengadakan lawatan ke Pusat Operasi Bersepadu Ipoh (IIOC) serta diberikan Taklimat 5G di Pusat Operasi Bersepadu Ipoh (IIOC), UTC Perak pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin, Datuk Bandar Ipoh.

MBI telah melaksanakan kick-off 14 projek termasuk sebuah projek utama Bandar Pintar Ipoh iaitu Ipoh Integrated Command Centre (IIOC).

IIOC merupakan jantung kepada perkembangan Ipoh ke arah bandar pintar. Dengan adanya sebuah pusat kawalan yang canggih seperti ini, ia akan merealisasikan impian Bandar Ipoh untuk mencapai status Smart Green City menjelang 2030. Walaupun Projek IIOC ini diletakkan pada status projek Jangka Panjang namun dengan iltizam dan kerjasama yang diketuai oleh Datuk Bandar, Projek IIOC ini telah berjaya dilaksanakan dalam waktu masa yang singkat.

Projek IIOC ini merupakan nadi kepada Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh yang akan menjadi sebuah pusat kawalan pintar yang mempunyai keupayaan memproses Big Data  dengan menggunakan perisian Artificial Inteligence (AI) , Internet of Thing (IoT) sekali gus akan melicinkan urus tadbir pembandaran MBI kepada urustadbir yang berintensifkan High-Tech, sensor dan peranti.

Disamping itu juga, TM selaku rakan strategik, telah membantu MBI dalam mengadaptasi pelbagai Smart Solution dan dengan kerjasama jitu,  pelbagai lagi teknologi pintar berteraskan Artificial Intelligence akan diteroka bersama sekali gus membawa Bandar Raya Ipoh setaraf dengan Smart Green City Global yang lain.

Momentum ini akan berterusan dan sehingga kini, sebanyak 208 tapak rangkaian 5G akan dipancarkan di sekitar daerah Kinta.

Sehingga kini, lipcutan rangkaian 5G di Kawasan Pentadbiran MBI merangkumi Kawasan Pusat Bandar, Klebang, Bercham, Tambun, Canning Garden, Ipoh Garden, Meru, Ampang, Gunung Rapat dan Pasir Puteh.

Ianya telah mencapai 42% kemajuan kerja yang mana 86 lokasi daripada 208 telah On Boarded. Ipoh kini menjadi Bandar ke-5 di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Putajaya, Cyberjaya, dan Johor Bahru dan yang pertama di Wilayah Utara yang mempunyai capaian akses 5G berkelajuan 1GB per saat hasil pasukan 5G Greater Ipoh yang diketuai oleh Datuk Bandar bersama PKNP, Digital Nasional Berhad, SKMM Perak dan TM.

Majlis menandatangani Perjanjian Langganan Perkhidmatan antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi perkhidmatan Sistem Lampu Isyarat Pintar / Smart Traffic Light with Intelligence Analytic (STARS) di sepanjang Jalan Sultan Idris Shah.

MBI bersama dengan TM One telah melaksanakan Sistem Lampu Isyarat Pintar di empat (4) persimpangan sepanjang Jalan Sultan Idris Shah bermula dari November 2021.

Sebanyak empat (4) persimpangan telah dipasang dengan Sistem Lampu Isyarat Pintar tersebut, iaitu di persimpangan berikut:

a.    Persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan  Laksamana;
b.    Persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Datuk Onn Jaafar;
c.    Persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Musa Aziz;
d.    Persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Ekram.

Sistem STARS TM One dilengkapi keupayaan Kecerdasan Buatan (AI), Kamera AI berdefinisi tinggi dan analitik video yang membolehkan analisa trafik secara pintar untuk kelancaran trafik yang optimum.

Ia akan membantu melancarkan aliran trafik sehingga 51% terutama pada waktu puncak yang mana membantu menjimatkan masa dan kos bagi pengguna jalan raya di sepanjang Jalan Sultan Idris Shah.

Ia juga dapat mengurangkan kadar pengeluaran karbon sebanyak 7,500kg sebulan selaras hasrat MBI menjadikan Ipoh sebuah bandar raya rendah karbon menjelang 2030.

Bagi menyokong inisiatif didalam Perancangan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon dan Bandar Pintar MBI, projek rintis bagi perlaksanaan Green Government Procument (GGP) di bawah inisiatif Malaysia Green Technology (MGTC),  kerja-kerja melibatkan penggantian lampu sebanyak 1200 unit lampu jalan sedia ada jenis Son kepada Lampu Jalan Cekap Tenaga Berteknologi Pintar (LED SMART LIGHT) di Kawasan Pusat Bandar.

Konsep system SMART LED ini adalah :
i.Lampu akan beroperasi secara automatik melalui sistem komunikasi antara peralatan IOT GATEWAY dan  IOT LIGHT UNIT CONTROL dengan sistem     aplikasi;

ii.Lampu boleh dilaras keamatan cahaya dari aras 100% sehingga 50% secara     atas talian melalui sistem aplikasi bagi mendapat kadar penjimatan penggunaan tenaga yang optimum berdasarkan parameter yang ditetapkan;

iii.Data dari lapangan akan dihantar ke sistem kawalan secara automatik     melalui sistem tanpa wayar dan sistem akan menganalisa data tersebut bagi     mengeluarkan laporan mengikut parameter yang dikehendaki seperti penggunaan tenaga, kadar penjimatan, kadar pengurangan karbon dan     sebagainya;

iv.    Sistem juga boleh memaklumkan kerosakan yang berlaku kepada papan utama dan pengguna untuk tindakan pembaikan;

v.    Semua data dan laporan akan disimpan didalam cloud system.

Semoga pengwujudan IIOC ini akan membantu MBI mencapai hasrat Ipoh Bandar Pintar.

WhatsApp Image 2023 02 03 At 115557
WhatsApp Image 2023 02 03 At 115557 1
WhatsApp Image 2023 02 03 At 115557 2
WhatsApp Image 2023 02 03 At 115557 3
WhatsApp Image 2023 02 03 At 115557 4
WhatsApp Image 2023 02 03 At 115557 5
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7030585