Aktiviti & Berita

1,500 PESERTA MERIAHKAN PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT PROGRAM ILCD

Ipoh, 26 April 2026 – Semangat perpaduan, kelestarian bandar dan warisan budaya tempatan terpancar jelas apabila seramai 1,500 peserta berkumpul bagi menjayakan Pertandingan Sukan Rakyat bersempena dengan Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) Edisi ke-86. Program bulanan ini telah bermula sejak Oktober 2015.

Perasmian acara tersebut telah disempurnakan oleh Clr. Encik Twoon Kok Kay, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Majlis turut dihadiri oleh Clr. Encik Ahmad Shafiq bin Ahmad Ariffin, Ahli Majlis MBI, Tuan Haji Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancangan Bandar MBI, serta TPr. Dr. Zulqarnain Mohamad, Ketua Unit Sekretariat Bandar Ekonomi Donat MBI.

Program yang berlangsung seawal jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi itu bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat, memperkukuh hubungan komuniti serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti tradisional yang selari dengan agenda pembangunan bandar mampan.

Kehadiran peserta daripada pelbagai peringkat umur membuktikan sokongan padu masyarakat terhadap inisiatif pembangunan bandar pintar yang inklusif, mesra komuniti dan berteraskan kelestarian.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah batu seremban, congkak, tuju selipar, sepak bulu ayam dan baling bantal dalam bakul. Acara-acara tradisional ini bukan sahaja menggamit memori, malah turut memupuk semangat kerjasama berpasukan, kemesraan komuniti serta penghargaan terhadap warisan budaya tempatan.

Dalam masa yang sama, program ini turut mengintegrasikan elemen rendah karbon dengan menggalakkan peserta berjalan kaki ke lokasi acara serta mengurangkan penggunaan plastik sekali guna sepanjang tempoh penganjuran.

Program ILCD merupakan inisiatif strategik ke arah mentransformasikan kawasan bandar menjadi persekitaran yang lebih hijau, efisien dan pintar melalui penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti fizikal, sosial dan berimpak positif kepada alam sekitar.

Penganjuran pertandingan sukan rakyat ini membuktikan bahawa agenda bandar pintar dan kelestarian alam sekitar boleh bergerak seiring dengan usaha memelihara warisan budaya tempatan, sekali gus memperkukuh identiti komuniti bandar raya Ipoh.

678747548 1353980216754495 1146972536724502235 N
678774947 1353980280087822 6228433685078173422 N
679130070 1353980300087820 2276106780203199124 N
680749545 1353980223421161 7951994836390757456 N
681354702 1353980270087823 3397182625536940135 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6807320