Aktiviti & Berita

150 ORANG SERTAI BENGKEL CUTECARRY 2.0

29 Mei 2025 - Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Bandar Raya Ipoh ke - 37, Cutecarry dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Persatuan Pegawai Kanan MBI (PADUAN) telah menganjurkan Bengkel Cutecarry 2.0.

Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) itu dihadiri kiri-kira 150 orang peserta yang terdiri daripada anggota MBI, termasuk penyertaan daripada agensi kerajaan dan swasta antaranya, Majlis Daerah Kampar, Hopital Raja Permaisuri Bainun, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI), MB Inc, Amanjaya Holding, LTC Alam Bersih Sdn. Bhd dan Juta Niaga Legasi.

Penganjuran buat kali kedua ini telah mengutarakan topik Profesionalisme Dalam Kerjaya dan Jurang Generasi.

Ia bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai perbezaan dalam nilai, sikap dan gaya kerja di kalangan generasi yang berbeza dalam satu organisasi, selain dapat memahami kepentingan menjaga standard tinggi dalam kerja, sesuai untuk individu yang ingin memperkukuhkan aspek profesionalisme dalam kerjaya mereka.

Majlis Penutup Bengkel Cutecarry 2.0 ini telah disempurnakan oleh Tuan Abdul Halim bin Saad, Pengarah Kanan Pentadbiran dan Operasi MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh.

Hadir sama pada program berkenaan adalah Puan Normala binti Latif, Pengarah Khidmat Pengurusan MBI.

500909748 1089626573189862 915159101168035639 N
501078018 1089626546523198 1762557751398312051 N
501161226 1089626693189850 8752624437713528293 N
501165783 1089626813189838 1812558215429940610 N
501218645 1089626613189858 6119972879271293700 N
501222786 1089626623189857 2684084841282805173 N
501293751 1089626736523179 7877819145016033586 N
501305987 1089626819856504 8360780889366720438 N
501464005 1089626759856510 4107803267159690097 N
501605535 1089626729856513 8775969072859422046 N
502410889 1089626666523186 2327761246691434369 N
502411331 1089626659856520 3583733317390328413 N
502520800 1089626699856516 3414395354666307518 N
502531700 1089626769856509 2851200836432093110 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7020145