Aktiviti & Berita

56 PASUKAN SERTAI PESTA BOLA IPOH PIALA DATUK BANDAR 2025

IPOH, 28 September 2025 – Sebanyak 56 pasukan bola sepak dari seluruh Malaysia termasuk Indonesia telah menyertai Pesta Bola Ipoh Piala Datuk Bandar 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 27 September lalu.

Daripada jumlah itu, 32 pasukan bertanding dalam kategori bawah 12 tahun, manakala 24 pasukan lagi bersaing dalam kategori bawah 16 tahun.

Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh (KSDBI) dan berlangsung di dua lokasi utama, iaitu Stadium Ragbi Perak dan Padang Ipoh.

Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan dalam kejohanan ini, iaitu Cup, Plate dan Bowl.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengasah bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak, tetapi juga memperkukuh semangat kesukanan dan kerjasama antara komuniti sukan dari pelbagai negeri dan negara jiran.

Pemenang dalam setiap kategori membawa pulang hadiah seperti berikut:

Kategori Cup

Juara: RM3,000 + Piala + Medal

Naib Juara: RM1,500 + Medal

Ketiga Bersama: RM500 + Medal

Tempat ke-5 hingga ke-8: RM150 + Medal

Kategori Plate

Juara: Medal + Piala

Naib Juara hingga Tempat ke-8: Medal

Kategori Bowl

Juara: Medal + Piala

Naib Juara hingga Tempat ke-8: Medal

Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua Whip Ahli Majlis MBI, yang mewakili Datuk Bandar Ipoh.

Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah ialah En. Azman bin Mohd Harun, Pengarah Kerja Awam MBI dan Encik Ridzauddin bin Mohd Radzi, Yang Dipertua KSDBI.

Sementara itu, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut turun padang pada hari pertama kejohanan bagi meninjau perlawanan yang sedang berlangsung.

Pasukan Anak Rimau muncul juara selepas menewaskan juara bertahan, Akademi Wira Muda.

Highlanders U16 dinobatkan juara selepas menewaskan pasukan gabungan MBI Anderson melalui penentuan sepakan penalti.

Kejohanan ini diharap akan terus menjadi platform penting dalam mencungkil dan membangunkan bakat-bakat muda bola sepak, serta melahirkan atlet bertaraf kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan.

555522082 1185906090228576 7301943168724409422 N
555629069 1185905800228605 8061251017496693201 N
555630712 1185906123561906 5384430571199430202 N
555715844 1185905710228614 992364359608562715 N
555719338 1185906106895241 6005646028071904596 N
555721366 1185905693561949 7949601959718603092 N
555725303 1185905900228595 6825609500580058030 N
555878930 1185905980228587 3185456965375601110 N
555880464 1185906060228579 6317027587334176979 N
555925197 1185905826895269 6832269329350721541 N
556133937 1185906020228583 250426129037309439 N
556404414 1185905960228589 2154706979246535162 N
556607836 1185905923561926 1125913298604492246 N
556648442 1185905840228601 7839397830451410914 N
556805888 1185905910228594 6991390382904157657 N
556847379 1185905890228596 3047417979958935181 N
556864421 1185906083561910 8787595923648467942 N
556930755 1185906050228580 2414915174811365218 N
556961073 1185905810228604 70986818278478531 N
557164065 1185906033561915 4065605640303398402 N
557411751 1185906173561901 3942352325229477876 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017242