Aktiviti & Berita

BENGKEL PENYELARASAN PROSES KERJA SISTEM I-LESEN

Pulau Pinang, 12 September 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Proses Kerja Sistem i-Lesen selama tiga hari bermula 10 hingga 12 September 2025 bertempat di Hotel Berjaya, Pulau Pinang.

Bengkel ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Setiausaha Bandaraya, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak pada 10 September 2025, manakala Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah pada 12 September 2025.

Seramai 27 orang anggota daripada pelbagai jabatan hadir menyertai bengkel ini, melibatkan Unit Perundangan, Cawangan Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Penguatkuasaan & Keselamatan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Perancangan Bandar serta Jabatan Perbendaharaan.

Penganjuran bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha MBI dalam mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dan memperkukuhkan amalan digital dalam urusan pentadbiran harian. Selain itu, ia juga menjadi platform pembelajaran dan peningkatan kompetensi agar semua anggota dapat menjadi agen perubahan ke arah sistem perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan mesra digital.

Melalui bengkel ini, para peserta bukan sahaja diberi pendedahan teknikal berkaitan proses kerja Sistem i-Lesen, malah berpeluang untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta merangka penambahbaikan yang bakal dimanfaatkan dalam operasi seharian MBI.

Majlis Bandaraya Ipoh percaya, inisiatif sebegini akan terus memperkukuh budaya kerja berteraskan inovasi digital, seterusnya memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berkesan kepada warga bandar raya Ipoh.

546805987 1172103514942167 688844146798377733 N
547199869 1172103438275508 610541323260958794 N
547283913 1172103521608833 4174861300928061314 N
547452151 1172103574942161 2568077187207869140 N
547550305 1172103398275512 4037076362971081236 N
547576417 1172103561608829 6625570431768190925 N
547870002 1172103478275504 5905375864501373179 N
548023478 1172103428275509 8269031010485437925 N
548200645 1172103604942158 7853908437356484712 N
548213555 1172103468275505 5102487390694938656 N
548277927 1172103411608844 7494767463445660861 N
548323711 1172103601608825 8417531765643731835 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017374