Ipoh, 1 Julai 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan ceramah bertajuk “Penjawat Awam: Antara Tugas, Amanah dan Pahala” bertempat di Ballroom 2, Tingkat 4, Ipoh Convention Centre (ICC), sebagai usaha memperkukuh nilai integriti, tanggungjawab dan amanah dalam kalangan warga kerja penjawat awam.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Syamsul Debat, yang berkongsi pengisian kerohanian dan motivasi berkaitan peranan penjawat awam dalam melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan, beretika serta berlandaskan nilai amanah.
Penganjuran ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta agar setiap tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, selain menjadikan tugasan harian sebagai satu bentuk ibadah dan khidmat kepada masyarakat.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya, bersama Ketua Jabatan serta warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh.
Majlis Bandaraya Ipoh berharap penganjuran program seumpama ini dapat terus menyemarakkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan kefahaman terhadap peranan penjawat awam serta membudayakan nilai amanah, dedikasi dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.