Aktiviti & Berita

CERAMAH BERTAJUK “PENJAWAT AWAM: ANTARA TUGAS, AMANAH DAN PAHALA”

Ipoh, 1 Julai 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan ceramah bertajuk “Penjawat Awam: Antara Tugas, Amanah dan Pahala” bertempat di Ballroom 2, Tingkat 4, Ipoh Convention Centre (ICC), sebagai usaha memperkukuh nilai integriti, tanggungjawab dan amanah dalam kalangan warga kerja penjawat awam.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Syamsul Debat, yang berkongsi pengisian kerohanian dan motivasi berkaitan peranan penjawat awam dalam melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan, beretika serta berlandaskan nilai amanah.

Penganjuran ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta agar setiap tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, selain menjadikan tugasan harian sebagai satu bentuk ibadah dan khidmat kepada masyarakat.

Program ini turut dihadiri oleh Tuan A’zman bin Mohd Harun, Setiausaha Bandaraya, bersama Ketua Jabatan serta warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh.

Majlis Bandaraya Ipoh berharap penganjuran program seumpama ini dapat terus menyemarakkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan kefahaman terhadap peranan penjawat awam serta membudayakan nilai amanah, dedikasi dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

734756384 1410993041053212 7466402408590481122 N
734988849 1410993114386538 3000365794326742545 N
736045342 1410993084386541 5693844455657362748 N
736384554 1410993071053209 6199322365126896908 N
736745263 1410993107719872 2510714297230624036 N
737569352 1410993051053211 6326921630858010851 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 02/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6849853