Aktiviti & Berita

DATO’ MAZLAN KETUAI DELEGASI MBI DALAM LAWATAN RASMI KE MEGA HALAL EXPO & TOURISM MALAYSIA DI BANGKOK

Bangkok, 17 Julai 2025 – YBhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua Whip Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mewakili Datuk Bandar Ipoh mengetuai satu delegasi rasmi MBI ke Bangkok, Thailand selama tiga hari bagi memperkukuh jaringan strategik dan meneroka peluang kerjasama dalam sektor pelancongan serta industri halal di peringkat antarabangsa.

Delegasi ini disertai oleh Ahli Majlis MBI, Clr. Tuan Muhammad Hamzah bin Hamdan dan Clr. Tuan Faidz bin Ismail, serta Pegawai Perhubungan Awam MBI, Encik Mohd Syahrizal bin Azmi.

Antara pengisian utama lawatan ini adalah penyertaan dalam Mega Halal Expo Bangkok 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Julai di Bangkok International Trade & Exhibition Centre (BITEC), Dewan 98-101. Expo berskala antarabangsa ini telah dirasmikan oleh Mr. Arun Boonchom, Syeikhul Islam Thailand, dan menjadi platform penting dalam mempromosikan produk serta perkhidmatan halal merangkumi pelbagai industri seperti makanan, minuman, kesihatan, kesejahteraan dan pelancongan.

Penyertaan MBI bertujuan untuk mengenal pasti potensi ekonomi dan pelaburan dalam sektor halal serantau, serta memperluas jaringan kerjasama global selaras dengan aspirasi menjadikan Ipoh sebagai hab pelancongan dan pembangunan ekonomi halal.

Delegasi MBI turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Tourism Malaysia di Bangkok, di mana satu sesi perbincangan bersama Puan Nurul Ain bin Mohammed Yunus, Pengarah Tourism Malaysia dan Encik Thanapat Tiyanont, Pegawai Pemasaran, Tourism Malaysia di Bangkok telah berlangsung dalam suasana santai. Perbincangan tertumpu kepada strategi mempergiat promosi pelancongan Ipoh di pasaran Thailand, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan penekanan kepada kekuatan Ipoh dari segi warisan sejarah, eko-pelancongan, seni kulinari dan pelancongan sukan.

Bagi menyokong agenda Pelancongan Sukan, delegasi turut berpeluang melawat Pusat Latihan Muay Thai milik Rodtang Jitmuangnon, Juara Dunia ONE Championship Flyweight Muay Thai. Perbincangan bersama pihak pengurusan pusat berkenaan diadakan bagi meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan sukan tempur dan penyediaan pakej pelancongan berasaskan sukan di Ipoh.

Selain itu, para delegasi turut mengadakan perbincangan santai bersama pengamal media Muslim di Bangkok bagi memperluas usaha promosi Ipoh sebagai destinasi mesra Muslim dan pelaburan.

Lawatan rasmi ini diharap dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi antara MBI dan pemain industri antarabangsa, seterusnya memperkukuh inisiatif ke arah menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera yang progresif, mampan dan berdaya saing di peringkat global.

517682214 1126989882786864 8702337664783731470 N
518306286 1126989989453520 2559806762494798803 N
518474486 1126990082786844 5020946027132585370 N
518496572 1126990019453517 6945739092893829619 N
518552948 1126989859453533 5512951453971982168 N
518588828 1126990076120178 6220945144174042225 N
518621623 1126989852786867 4704285919261273318 N
518960215 1126990009453518 367026936933662373 N
518960825 1126989932786859 5322458279959715375 N
519429161 1126990126120173 6974337819224506211 N
520187086 1126990152786837 6816897006251285657 N
520237945 1126989899453529 3933464847092161458 N
520989980 1126989972786855 2907223276867917009 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2025.
  • Jumlah Pelawat 5812633