Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH HADIR DALAM SESI PENERAPAN NILAI MURNI DAN RAMAH MESRA BERSAMA WARGA KERJA JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN MBI

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • DATUK BANDAR IPOH HADIR DALAM SESI PENERAPAN NILAI MURNI DAN RAMAH MESRA BERSAMA WARGA KERJA JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN MBI
Ipoh, 18 Jun 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah meluangkan masa menghadiri Sesi Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Ramah Mesra bersama warga kerja Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 10, MBI pagi tadi.

Beliau turut menyampaikan penghargaan atas dedikasi tinggi kepada para petugas jabatan, khususnya warga kerja di lapangan seperti Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan Pembantu Tadbir (Operasi), yang menjadi tulang belakang kepada pelaksanaan tugas-tugas harian jabatan.

Dalam sesi tersebut turut menyaksikan pembentangan oleh Encik Raman a/l Maran, Pengarah Kesihatan Persekitaran MBI yang memberi gambaran menyeluruh mengenai situasi semasa jabatan, termasuk cabaran yang dihadapi serta keperluan mendesak yang perlu diberikan perhatian segera oleh pihak pengurusan.

Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Bandar menekankan bahawa tahap kesihatan persekitaran yang kukuh adalah asas penting dalam memperkasa mutu perkhidmatan kepada warga bandar dan seterusnya menjamin kesejahteraan keseluruhan komuniti di Ipoh.

Beliau turut menyeru seluruh warga kerja MBI agar terus komited dan berganding bahu dalam merealisasikan visi menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera.

508654669 1104881178331068 8945718782707833468 N
508654750 1104881148331071 3635183367344999162 N
508687243 1104881101664409 8534692523601469327 N
508716322 1104881184997734 4699970686634786843 N
508724145 1104881274997725 1416562045992228571 N
508724376 1104881154997737 1362540541087938713 N
508886273 1104881111664408 4556280100584976772 N
509317673 1104881338331052 2422688166220616459 N
509348044 1104881344997718 2944198424990031222 N
509362117 1104881214997731 4255683181628878970 N
509598332 1104881224997730 5162235871358911045 N
509609555 1104881268331059 2909543507451844146 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7019825