Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH HADIRI MAJLIS PERASMIAN PAVILION NEGERI PERAK SEMPENA MAHA 2026

Serdang, 1 September 2026 – Pavilion Negeri Perak sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 telah dirasmikan hari ini di MAEPS, Serdang, sebagai platform mengetengahkan potensi, produk serta kekuatan sektor pertanian dan agromakanan Negeri Perak.

Majlis perasmian berkenaan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, yang turut meluangkan masa mengadakan lawatan sekitar Pavilion Negeri Perak bagi melihat sendiri pameran serta produk yang diketengahkan sepanjang penganjuran MAHA 2026.

Turut hadir ialah YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi serta wakil industri.

YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri Perak dalam mempromosikan sektor pertanian, agromakanan dan agro pelancongan sebagai antara pemacu pembangunan ekonomi negeri.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Kumpulan Selendang Perak, selain sesi lawatan sekitar Pavilion Negeri Perak serta pelancaran produk Satey Ayam oleh Dindings Poultry Processing Sdn. Bhd.

Penyertaan Negeri Perak dalam MAHA 2026 memberi peluang kepada usahawan, pengusaha industri dan agensi berkaitan untuk memperkenalkan produk serta inovasi masing-masing kepada pengunjung, di samping memperluas jaringan perniagaan dan membuka potensi kerjasama strategik dalam sektor pertanian serta agromakanan.

Pavilion Negeri Perak juga menjadi medium penting dalam mengetengahkan keunikan dan potensi negeri kepada pengunjung dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh usaha mempromosikan Perak sebagai destinasi yang mempunyai kekuatan dalam bidang pertanian, industri makanan dan agro pelancongan.

789673225 1466285738857275 7806819443326887783 N
789673232 1466285608857288 5627956938133735437 N
789863146 1466285685523947 5063296822762416875 N
789863151 1466285722190610 543746072888508419 N
790121100 1466285662190616 2166863983392834052 N
790121101 1466285762190606 1511222902894458385 N
790121112 1466285632190619 828873762913025180 N
790248276 1466285788857270 3239362920595820362 N
790283640 1466285908857258 5589067169786994513 N
790341047 1466285835523932 8824612381329135642 N
790434588 1466285822190600 6971532135590725082 N
791361246 1466285858857263 8509200262977005138 N
791443285 1466285875523928 6613986045377410979 N
792526760 1466285922190590 2021864290810753307 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 02/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7086704