Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH KETUAI LEBIH 300 WARGA MBI PERKASA KOMITMEN PERKHIDMATAN BERTERASKAN MADANI DALAM PROGRAM JELAJAH TAAT SETIA MADANI NEGERI PERAK

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • DATUK BANDAR IPOH KETUAI LEBIH 300 WARGA MBI PERKASA KOMITMEN PERKHIDMATAN BERTERASKAN MADANI DALAM PROGRAM JELAJAH TAAT SETIA MADANI NEGERI PERAK
Ipoh, 5 November 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah mengetuai lebih 300 warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyertai Program Jelajah Taat Setia MADANI Negeri Perak, sebagai usaha memperkasa komitmen terhadap perkhidmatan berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang berlangsung di Ipoh Convention Centre (ICC) ini merupakan inisiatif memperkukuh semangat kenegaraan dan komitmen penjawat awam dalam menterjemahkan agenda Malaysia MADANI di peringkat kerajaan tempatan.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Datuk Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, yang menyampaikan ucapan bertajuk “Taat Setia: Reformasi Perkhidmatan Awam.”

Sementara itu, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, turut menyampaikan ucapan aluan pada majlis tersebut.

Program ini juga menampilkan sesi perkongsian bertajuk “Tanggungjawab Penjawat Awam dalam Menterjemahkan Malaysia MADANI” oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussain, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia. Turut diadakan ialah peluncuran Video Sahabat Penggerak MADANI serta jualan Rahmah kepada para peserta dan pengunjung.

Penglibatan warga kerja MBI dalam program ini merupakan peluang terbaik untuk memperkukuh nilai integriti, amanah dan iltizam dalam menyantuni rakyat, selaras dengan gagasan “Ipoh Bestari Sejahtera” dan aspirasi “Perak Sejahtera 2030.”

Penjawat awam merupakan tulang belakang dalam memastikan dasar dan perkhidmatan kerajaan sampai kepada rakyat. Justeru, semangat MADANI perlu terus disemai bagi memacu penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berintegriti.

MBI kekal komited memainkan peranan strategik bersama Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan Bandaraya Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama negara serta bandar raya pintar rendah karbon menjelang tahun 2030.

576193236 1218693703616481 1667939609127612761 N
576405454 1218693650283153 7087509908980113434 N
577445861 1218693636949821 4601555461054520616 N
577467581 1218693596949825 7162693807584778115 N
577525668 1218693680283150 2290878429807469815 N
577809694 1218693580283160 4749352797726418456 N

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6812432