Ipoh, 17 Julai 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah mengadakan satu kunjung hormat ke atas YB Dato' Mohamad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan institusi legislatif negeri dalam usaha memperkasakan tadbir urus serta perkhidmatan kepada rakyat, khususnya warga Ipoh.
Dalam pertemuan itu, pelbagai isu berkaitan pembangunan bandar, kesejahteraan masyarakat, serta peranan Dewan Negeri dalam menyokong agenda kemampanan bandar turut disentuh. Datuk Bandar turut berkongsi inisiatif-inisiatif Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang sedang dan akan dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk.
Pertemuan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara MBI dan pihak legislatif negeri dalam melaksanakan dasar-dasar yang berimpak tinggi kepada rakyat.