Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH LAWAT TAPAK PROJEK TAMAN REKREASI MADANI (TRM)

Ipoh, 7 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah mengadakan lawatan tapak ke dua lokasi projek Taman Rekreasi Madani (TRM) iaitu di Taman Boon Bak dan Taman Pengkalan Barat pada pagi ini.

Lawatan tersebut turut disertai oleh YB Goh See Hua, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Ketua-ketua Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta wakil syarikat kontraktor yang terlibat.

Lawatan ini merupakan susulan kepada mesyuarat bersama YB Goh pada 4 Julai 2025 yang lalu, yang membincangkan aduan serta ketidakpuasan hati penduduk setempat terhadap mutu kerja dan kemasan fizikal projek TRM berkenaan.

Sepanjang lawatan, beberapa isu telah dikenal pasti termasuklah kualiti kemasan yang tidak memuaskan serta aspek-aspek pelaksanaan projek yang memerlukan penambahbaikan segera.

Pihak kontraktor telah diminta untuk mengambil tindakan pembetulan serta melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan segera bagi memastikan projek ini menepati standard yang ditetapkan oleh Majlis dan memenuhi keperluan kesejahteraan komuniti.

Majlis Bandaraya Ipoh komited untuk memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan adalah berkualiti tinggi, memberi impak positif dan membawa manfaat jangka panjang kepada warga bandar raya Ipoh.

528854078 1143435961142256 7419905741245831901 N
529624446 1143435954475590 5297704177221441146 N
529738752 1143435994475586 7063706923953423872 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017897