Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH RAKAM PENGHARGAAN KEPADA AHLI MAJLIS SEMPENA MAJLIS JASAMU DIKENANG

Ipoh, 12 Februari 2026 - YBhg.Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena Majlis Jasamu Dikenang yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh hari ini.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda pengiktirafan atas jasa, komitmen serta sumbangan Ahli-Ahli Majlis sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama Majlis Bandaraya Ipoh.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar Ipoh menegaskan bahawa majlis berkenaan bukan sekadar satu acara rasmi, tetapi merupakan simbol penghargaan kepada individu-individu yang telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh tadbir urus bandar raya Ipoh.

“Majlis ini bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi merupakan wadah penghargaan dan pengiktirafan kepada Ahli-Ahli Majlis yang telah mencurahkan bakti, tenaga serta komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Majlis Bandaraya Ipoh,” ujar beliau.

Beliau turut menyifatkan Ahli-Ahli Majlis sebagai jambatan penting antara Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat, yang sentiasa menyalurkan pandangan, teguran serta idea membina demi kesejahteraan warga kota.

Menurut beliau, setiap dasar dan inisiatif yang digerakkan oleh MBI tidak akan dapat direalisasikan dengan jayanya tanpa peranan aktif dan komitmen padu Ahli-Ahli Majlis.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Ahli-Ahli Majlis telah menunjukkan kepimpinan yang seimbang, tegas dalam prinsip, berhemah dalam pendekatan serta mesra dalam perhubungan sekali gus menjadi contoh kepimpinan berintegriti dalam institusi Pihak Berkuasa Tempatan.

Datuk Bandar Ipoh turut mengakui bahawa perpisahan ini merupakan satu kehilangan besar kepada warga MBI.

“Kita mungkin boleh meneruskan perjalanan, tetapi kenangan bersama tuan-tuan dan puan-puan akan terus kekal dalam ingatan. Sumbangan dan jasa yang ditaburkan akan sentiasa dikenang,” katanya lagi.

Beliau berharap agar segala khidmat bakti yang telah dicurahkan menjadi amal jariah dan diberikan ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah SWT.

Mengakhiri kenyataan, beliau merakamkan ucapan “Selamat Maju Jaya” kepada semua Ahli Majlis yang diraikan serta mendoakan agar mereka terus dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

630584084 1295016225984228 7682922974426878815 N
630584084 1295016299317554 3538831231539015974 N
631032179 1295016219317562 1596242270125872375 N
631062005 1295016255984225 571915261432402219 N
631300611 1295016445984206 2597593099056616799 N
631729366 1295016362650881 8020818600858421109 N
632017569 1295016475984203 4094194727276400225 N
632139697 1295016502650867 8094446803728835979 N
632754187 1295016292650888 5215964919364090052 N
633373597 1295016469317537 3961017285703835000 N
633384572 1295016332650884 7431901436313861215 N
633401818 1295016152650902 2405874077117845814 N
633415645 1295016155984235 3972236600056458807 N
633464539 1295016439317540 4580241022318050348 N
633505535 1295016355984215 8416742856960112224 N
633542666 1295016265984224 3485131909989123108 N
633734685 1295016322650885 2312964890748116826 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811437