Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH SEMPURNAKAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG MBI 2025

Ipoh, 15 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berlangsung penuh meriah di Persiaran Bougainvillea, Ipoh.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abd Rahman; Clr. Tuan Wong Kar Keat selaku Ketua WHIP Ahli Majlis MBI; Ahli-Ahli Majlis; Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya; Ketua-Ketua Jabatan; pegawai serta anggota MBI.

Majlis ini menjadi simbol penyatuan semangat patriotisme dan kesepaduan warga kerja MBI bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025. Antara pengisian utama ialah perarakan penyerahan Jalur Gemilang melibatkan pasukan kontijen kawad MBI serta 17 kenderaan MBI, yang membawa mesej perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Pelancaran ini diharap dapat menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan warga kota Ipoh, di samping menggalakkan setiap premis perniagaan dan kediaman mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha memupuk kecintaan kepada tanah air.

Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 ialah "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni", yang menjadi iltizam bersama dalam membina masyarakat bersatu padu, harmoni dan berdaya maju.

531782078 1149547683864417 4256619530645079048 N
531811340 1149547083864477 1794014374957870370 N
532345999 1149547373864448 2802210573613362631 N
532447774 1149547120531140 8364509506584857501 N
532479348 1149547423864443 4636337604495936367 N
532481033 1149547410531111 2842853698883222538 N
532530611 1149547570531095 8682028042320770925 N
532644756 1149547143864471 9026311176574984543 N
532832197 1149547670531085 5701237108996333736 N
532899775 1149547100531142 7591168641161745300 N
533003575 1149547550531097 5857568062429858528 N
533041327 1149547657197753 3660522549832498589 N
533255074 1149547160531136 1605977711521909529 N
533600019 1149547533864432 1999509947682393409 N
533767420 1149547217197797 44699750528299639 N
533861763 1149547093864476 3184886947286939155 N
534161497 1149547390531113 12501185490844014 N
534597058 1149547187197800 5478618348168108851 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017546