Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH SEMPURNAKAN PELEPASAN PERAK SEJAHTERA CREATIVE RUN 2026

Ipoh, 19 September 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah menyempurnakan pelepasan peserta Perak Sejahtera Creative Run 2026 yang berlangsung bersempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pagi ini.

Penganjuran acara tersebut merupakan antara inisiatif bagi menggalakkan golongan belia dan masyarakat membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan cergas.

Pada masa sama, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan, memupuk semangat kebersamaan serta menggalakkan interaksi positif dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Program berkenaan sekali gus menyemarakkan lagi pengisian KAMU 2026 sebagai wadah menghimpunkan golongan anak muda menerusi pelbagai aktiviti yang positif, kreatif dan bermanfaat.

Pendekatan sedemikian dapat memperkasa potensi belia serta menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam program kemasyarakatan.

Sejurus tamat larian, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada para peserta atas sokongan dan penyertaan mereka dalam memeriahkan program tersebut.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyambut baik penganjuran program seumpama ini yang selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, di samping mendukung usaha menjadikan Ipoh sebuah bandar raya yang sihat, aktif, inklusif dan sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur, urus setia, agensi yang terlibat serta seluruh peserta atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Perak Sejahtera Creative Run 2026.

796835297 1482078610611321 8123994307118924716 N
815397448 1482078690611313 8060062716671690342 N
815397453 1482078640611318 7621808337668035674 N
815470836 1482078673944648 3266278144283332553 N
815542206 1482078663944649 7508808947494661269 N
817543323 1482078697277979 7336331551814641655 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7149105