Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH SERU WARGA MBI KEKALKAN KEJUARAAN MALA 2026

IPOH, 13 Februari 2026 (Jumaat) – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terus membuktikan kecemerlangan apabila muncul sebagai Juara Keseluruhan Karnival Sukan MALA 2024 dengan pungutan 58 mata keseluruhan.

Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah berkata kejayaan tersebut mencerminkan komitmen, disiplin dan semangat berpasukan tinggi dalam kalangan warga MBI, bukan sahaja dalam aspek pentadbiran dan perkhidmatan bandar, malah turut cemerlang dalam arena kesukanan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Penghargaan Sukan MALA 2024 yang berlangsung pada jam 3.00 petang hari ini.

“Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan, tetapi hasil usaha berpasukan yang mantap, pengurusan yang cekap serta semangat juang para atlet yang tidak pernah luntur. Syabas dan tahniah kepada semua atlet, pengurus pasukan dan urus setia yang telah mengharumkan nama MBI di peringkat kebangsaan,” katanya.

Menurut beliau, penganjuran Karnival Sukan MALA bukan sahaja menjadi platform pertandingan, malah berperanan mengukuhkan semangat kesukanan, memupuk nilai kepimpinan, daya tahan mental serta mempererat jaringan kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara.

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa MALA 2026 bakal dianjurkan sebagai acara dwi tahunan yang lebih komprehensif melibatkan 15 jenis sukan termasuk pengenalan acara baharu seperti Petanque, E-Sukan, Snuker dan Bola Tampar.

MALA 2026 akan melibatkan penganjuran di 12 lokasi berbeza sebagai simbol kesatuan dan kolaborasi antara PBT. Acara pembukaan dijadualkan berlangsung di Majlis Perbandaran Bentong pada April 2026 bagi acara golf dan sepak takraw, manakala perlawanan akhir futsal akan diadakan di Majlis Bandaraya Klang sebagai kemuncak karnival sukan berprestij tersebut.

Datuk Bandar Ipoh turut menegaskan bahawa kejayaan sebagai Juara Keseluruhan MALA 2024 merupakan satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

“Menjadi juara itu satu pencapaian, tetapi mengekalkan kejuaraan memerlukan disiplin, pengorbanan dan kesatuan yang lebih utuh. Saya mahu semua atlet yang melangkah ke gelanggang MALA 2026 mempunyai mentaliti juara sejati dan berani mempertahankan maruah MBI,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pesara Ahli Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh (KSDBI) atas sumbangan dan khidmat bakti mereka, serta mengucapkan tahniah kepada anak-anak Ahli KSDBI yang mencapai kecemerlangan sukan pada tahun lalu.

Majlis Penghargaan Sukan MALA 2024 diadakan bagi meraikan kejayaan kontinjen MBI serta menyuntik semangat baharu dalam usaha mempertahankan kejuaraan pada edisi MALA 2026.

631551614 1295824495903401 5107489496344537947 N
632538098 1295824459236738 1633842022665869159 N
632585000 1295824399236744 3594399048411166592 N
632896061 1295824325903418 7598070851403540696 N
632985035 1295824429236741 3134410379983721193 N
633062664 1295824315903419 3261550726592942580 N
633094018 1295824475903403 8049000950619203290 N
633165496 1295824419236742 7239822052436664572 N
633281491 1295824179236766 8318821615600736373 N
633558044 1295824175903433 126429823833955272 N
633759169 1295824579236726 5725899761637760795 N
633783618 1295824205903430 309824172833543214 N
633862020 1295824215903429 1495094208075918564 N
633878519 1295824522570065 8142894810889717289 N
634691284 1295824385903412 300700291357304692 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6811437