Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH TURUN PADANG TINJAU KERJA PEMANGKASAN POKOK OLEH ANGGOTA JABATAN TAMAN DAN LANDSKAP MBI

Ipoh, 8 November 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, hari ini turun padang meninjau kerja-kerja pemangkasan pokok yang dijalankan oleh anggota Jabatan Taman dan Landskap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Jalan Raja Dihilir hari ini.

Lawatan ini bertujuan memastikan kerja penyelenggaraan pokok di sekitar bandar dijalankan dengan selamat dan teratur, selain memberi sokongan moral kepada anggota lapangan yang sentiasa komited menjaga kehijauan dan keindahan landskap bandar raya.

YBhg. Datuk Bandar turut menzahirkan penghargaan kepada semua warga kerja MBI yang sentiasa berdedikasi dalam melaksanakan tugas demi kesejahteraan penduduk dan kelestarian alam sekitar.

Beliau menegaskan bahawa usaha berterusan seperti ini adalah sejajar dengan matlamat menjadikan Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Bestari dan Sejahtera, yang bukan sahaja indah dari segi fizikal, tetapi juga harmoni serta selamat untuk didiami.

widgetkit id="790"]
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313466