Aktiviti & Berita

DELEGASI FMM PERAK MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 8 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Cawangan Perak yang diketuai oleh Encik Chua Kay Lin, Pengerusi FMM Perak, bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara sektor industri dan pihak berkuasa tempatan, khususnya dalam usaha mempertingkatkan kemudahan perindustrian, memudah cara pelaburan, dan merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat secara mampan.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah sokongan MBI terhadap pembangunan kawasan perindustrian, penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan, pematuhan piawaian alam sekitar, serta potensi kerjasama dalam bidang ekonomi hijau dan transformasi digital.

Dalam sesi perbincangan tersebut, YBhg. Datuk Bandar turut menegaskan komitmen Majlis Bandaraya Ipoh dalam menyokong aspirasi Perak Sejahtera 2030 serta membuka ruang kerjasama yang lebih erat bersama FMM Perak demi menjadikan Ipoh sebuah bandar yang mampan, berdaya huni, berdaya saing dan inklusif.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Encik Tan Seow Heng, Mantan Pengerusi FMM Perak, Encik Tony Cheam, Naib Pengerusi, Encik Edmund KK Wong, Naib Pengerusi, Cij Nicole Choe, Pengurus / Ketua Cawangan, Encik Louis Gnanapragasam, Pengurus Kanan / Mentor Cawangan FMM serta Clr. Encik Tang Cheng Wei, Ahli Majlis MBI.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan MBI dalam memperkukuh hubungan dengan pemain industri bagi merealisasikan potensi Ipoh sebagai hab pelaburan yang progresif dan berdaya tahan.

528741272 1144269894392196 116011385082486343 N
528792942 1144269924392193 2146131981127613858 N
529008427 1144269867725532 8342161806979335534 N
529441564 1144269857725533 5143016604680103201 N
530213649 1144269901058862 3123857829147358612 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017738