Ho Chi Minh City, Vietnam, 5 September 2025 – Delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, telah menghadiri 12th TPO General Assembly yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam bermula 3 hingga 5 September 2025.
Turut menyertai delegasi ini ialah YBhg. Clr. Encik Basri bin Mohamad Nor, YBhg. Clr. Encik Lawrence a/l R. Palanisamy, Encik Abdul Halim bin Saad (Pengurus Besar UTC Perak) serta Puan Jamunarani a/p S. Nadarajah (Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan).
Sepanjang persidangan, pelbagai siri mesyuarat dan perbincangan telah dijalankan bersama ahli-ahli bandaraya TPO, antaranya:
1. 45th Executive Meeting pada 3 September 2025;
2. Leaders' Conference pada 4 September 2025;
3. Bilateral Meeting bersama Bandaraya Busan, Gimhae dan Taichung pada 5 September 2025;
4. Plenary Session pada 5 September 2025; dan
5. Majlis Penyampaian TPO Best Awards pada 5 September 2025.
Majlis Bandaraya Ipoh turut mencatat kejayaan membanggakan apabila menerima dua pengiktirafan dalam TPO Best Awards iaitu:
a) Excellence: Sustainable Tourism Award, diterima oleh Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya;
b) Leadership Tourism Award, diberikan kepada Puan Jamunarani a/p S. Nadarajah sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau dalam mempromosikan sektor pelancongan di Bandaraya Ipoh.
Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan oleh Madam Kang Da-Eun, Setiausaha Agung, Tourism Promotion Organization for Global Cities (TPO).