Pulau Pinang, 7 Ogos 2026- Pulau Pinang dipilih menjadi lokasi penganjuran Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) Fasa 3 2026.
Menerusi kejohanan ini sebanyak tiga acara sukan dipertandingkan iaitu sukan tenpin boling, snuker dan e-Sport.
Kejohanan yang berlangsung selama empat hari, bermula 5 Ogos itu, menyaksikan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghantar 15 kontingen bagi penyertaan sukan tenpin boling dan snuker.
Penyertaan kontinjen MBI dalam kejohanan ini merupakan manifestasi komitmen MBI dalam melahirkan warga kerja yang cergas, berdaya saing dan bersemangat tinggi, di samping memperkukuh budaya kerja berpasukan serta mempererat jaringan kerjasama dan hubungan baik antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Semoga penyertaan MBI dalam Karnival Sukan MALA Fasa 3 Tahun 2026 ini akan terus menyemarakkan semangat kesukanan, memperkukuh jalinan ukhuwah serta mengharumkan nama organisasi di peringkat PBT.