Aktiviti & Berita

KEJOHANAN GOLF AIDILFITRI PIALA DYAM RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN

Ipoh, 5 April 2026 – Kejohanan Golf Aidilfitri Piala Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan telah berlangsung dengan penuh meriah di Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh.

Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke kejohanan tersebut.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abd. Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, serta para Ketua Jabatan dan wakil agensi kerajaan negeri.

DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan turut berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan.

Dalam majlis yang sama, Yang Berbahagia Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan atas penglibatan dalam kejohanan golf berprestij ini.

660944525 1337440778408439 2277656159588507002 N
661557823 1337440911741759 930118824786469250 N
662002407 1337440881741762 5161143806871332800 N
662325064 1337440831741767 2350549056673781237 N
662619511 1337440985075085 2771620311151042431 N
665396745 1337440768408440 4285689782436597860 N
666010268 1337440821741768 2393622999891489857 N
666014166 1337440941741756 6640167842795545736 N
667341615 1337440948408422 720255301804226696 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6807957