Aktiviti & Berita

KEMPEN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN SEKOLAH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA IPOH 2025

Ipoh, 10 September 2025 – Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya telah merasmikan Kempen Kebersihan dan Kesihatan Persekitaran Sekolah Peringkat MBI yang diadakan di Bilik Gerakan, Tingkat 2, MBI tengah hari tadi.

Kempen ini diadakan bersempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2025 dan bertujuan untuk memperkukuhkan amalan kebersihan serta meningkatkan tahap kesedaran di sekolah-sekolah sekitar Ipoh. Antara objektif utama kempen ini adalah:

1. Meningkatkan kesedaran keselamatan makanan dalam kalangan pelajar – Pelajar perlu dididik memilih makanan bersih dan berkhasiat demi kesihatan serta keselamatan diri.

2. Meningkatkan pematuhan pengusaha kantin terhadap syarat penyediaan makanan – Semua pengendali makanan diwajibkan memakai apron, topi, kasut serta mengamalkan teknik tanpa sentuh semasa mengendalikan makanan, selain menggunakan peralatan yang bersih.

3. Memperkasa pengetahuan pengendali makanan di kantin sekolah – Amalan kebersihan diri, pengetahuan khusus dalam keselamatan makanan serta pengurusan kebersihan premis perlu dijadikan asas dalam pengambilan pengendali makanan.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan penghargaan kepada Puan Chang Siew Yee, Pegawai Teknologi Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, serta guru-guru 3R (Kantin) yang turut memberi kerjasama menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran MBI yang telah bertungkus lumus menggerakkan kempen ini dengan penuh komitmen.

Pihak urusetia program turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan kerjasama, termasuk Encik Mohamad Zulkefli bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, Ketua-ketua Jabatan/Bahagian/Unit MBI, Guru Besar, guru-guru serta semua anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran yang terlibat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak atas usaha, komitmen serta kerjasama yang diberikan sehingga kempen ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Semoga penganjuran program ini menjadi titik tolak dalam merealisasikan aspirasi Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera serta menyumbang ke arah pencapaian agenda Perak Sejahtera 2030.

545641295 1170509701768215 6450442388905314588 N
545733332 1170509715101547 2487670063378074527 N
545854815 1170509788434873 4756771374017422164 N
546054213 1170509611768224 5723960879448692947 N
546109169 1170509678434884 1008068794867962325 N
546245263 1170509545101564 2353169534186869199 N
546279896 1170509778434874 8974190450247952230 N
546409607 1170509618434890 6881660368416359690 N
546411743 1170509485101570 4643424735513219821 N
546418612 1170509431768242 3925330689959149200 N
546478947 1170509425101576 3148163417680198562 N
546746360 1170509475101571 57891251357209571 N
546809049 1170509558434896 6353321786920177467 N
547184935 1170509665101552 1454277352687413879 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017408