Ipoh, 15 Julai 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan kepada seluruh warga kota bahawa tulisan ikonik ‘IPOH’ telah selamat diturunkan bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan, pembaikan dan baik pulih dilaksanakan.
Langkah ini diambil bagi memastikan struktur serta keadaan fizikal tulisan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan terpelihara sebagai salah satu mercu tanda kebanggaan bandar raya Ipoh.
Kerja-kerja pemasangan semula tulisan ‘IPOH’ dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai 4 hingga 6 Ogos 2026, tertakluk kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja-kerja di tapak.
MBI memohon kerjasama dan kesabaran warga kota sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dilaksanakan. Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.
Majlis Bandaraya Ipoh sentiasa komited dalam memastikan kemudahan awam dan mercu tanda bandar raya sentiasa diselenggara dengan baik demi keselamatan, keselesaan serta kesejahteraan warga kota.
“Ipoh Bestari Sejahtera”.