Aktiviti & Berita

KUNJUNG HORMAT DARIPADA PRESIDEN PERSATUAN PELANCONGAN NEGERI PERAK KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 8 Oktober 2025 – YBhg. Dato’ Mohd Odzman bin Abdul Kadir, Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak dalam usaha mempergiatkan lagi sektor pelancongan di Bandaraya Ipoh serta menjadikan bandar ini sebagai destinasi utama pelancongan di negeri Perak.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan berhubung potensi pembangunan produk pelancongan baharu, penganjuran acara berimpak tinggi serta inisiatif bersama bagi mempromosikan keunikan warisan, budaya dan keindahan semula jadi yang terdapat di sekitar bandaraya ini.

Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Pelancongan Negeri Perak atas komitmen dan kerjasama erat yang telah terjalin bersama MBI dalam memperkukuhkan ekosistem pelancongan tempatan.

Beliau menegaskan bahawa MBI sentiasa menyokong usaha mempertingkatkan daya tarikan bandaraya melalui pendekatan berasaskan kemampanan dan kesejahteraan komuniti, selaras dengan matlamat menjadikan Ipoh sebagai "Green and Liveable City".

557938633 1194237662728752 8569959503314892931 N
558478665 1194237642728754 8271189151264432409 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017173