Ipoh, 18 Julai 2025 – YBhg. Dato' Abdul Rahim bin Md Ariff, Presiden Persatuan Pesara Majlis Bandaraya Ipoh (PERMAI) telah mengetuai satu delegasi PERMAI dalam kunjungan hormat menemui YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kepimpinan semasa MBI dan bekas-bekas warga kerja MBI yang kini bergiat aktif melalui PERMAI. Selain itu, pertemuan turut menjadi platform untuk membincangkan potensi kerjasama strategik dalam program kemasyarakatan serta kebajikan pesara yang pernah menyumbang kepada pembangunan bandar raya Ipoh.
Datuk Bandar Ipoh merakamkan penghargaan kepada PERMAI atas komitmen dan semangat kebersamaan yang berterusan, serta berharap agar hubungan erat ini dapat diteruskan demi kesejahteraan komuniti MBI secara keseluruhan.