Aktiviti & Berita

KUNJUNG HORMAT KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 22 Julai 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara Majlis Bandaraya Ipoh dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak, khususnya dalam pelaksanaan program pembangunan belia, kesukarelawanan, kepimpinan serta aktiviti kemasyarakatan di bandar raya Ipoh.

Dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam penganjuran program yang dapat membentuk generasi muda berdisiplin, berkemahiran dan mempunyai semangat khidmat kepada masyarakat.

YBhg. Datuk Bandar Ipoh menyambut baik usaha tersebut dan menyatakan komitmen MBI untuk terus menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan belia serta komuniti setempat, selaras dengan aspirasi menjadikan Ipoh sebuah bandar raya bestari, sejahtera dan berdaya huni.

Kunjungan hormat itu diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.

752509119 1428932579259258 9117304106543561962 N
752551096 1428932569259259 6918797674053462890 N
752674238 1428932512592598 5766642791362567597 N
752893685 1428932582592591 2452237957346047400 N
753033907 1428932572592592 4611046769975934962 N
753150477 1428932709259245 234663363349522645 N
753306531 1428932575925925 6253334707674016625 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6946014