Ipoh, 17 April 2026 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, hari ini menerima kunjung hormat daripada Encik Suresh Ramasamy, Pengarah Wilayah Maybank Perak, dalam satu pertemuan yang berlangsung di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Kunjungan tersebut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan strategik antara sektor perbankan dan pihak berkuasa tempatan, di samping membuka ruang perbincangan berhubung potensi kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan bandar raya Ipoh serta kesejahteraan masyarakat setempat.
Majlis ini turut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh jaringan kerjasama yang positif, khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi, tanggungjawab sosial korporat dan inisiatif yang menyokong kemajuan bandar raya.
Majlis Bandaraya Ipoh amat menghargai kunjungan hormat tersebut dan berharap hubungan baik yang terjalin ini akan terus diperkasakan pada masa hadapan demi manfaat bersama.