Aktiviti & Berita

KUNJUNG HORMAT YDP MAJLIS PERBANDARAN KLUANG KE ATAS DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 4 November 2025 — Encik Mohd Fahmy bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang), telah mengadakan kunjung hormat ke atas Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, pada pagi ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama serta pertukaran pengetahuan antara kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek, termasuk pentadbiran, perancangan bandar, pengurusan kewangan, penguatkuasaan, dan pembangunan komuniti setempat.

Selain itu, pertemuan ini turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan serta berkongsi amalan terbaik dalam usaha mempertingkatkan tadbir urus pihak berkuasa tempatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berimpak positif kepada masyarakat.

574569286 1217825357036649 4202949831725758886 N
577640218 1217825350369983 5118045680568288240 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6812569