Ipoh, 19 Jun 2025 – YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Buntong telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bertempat di Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pagi tadi.
Turut hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Majlis MBI, Clr. Encik Lawrence a/l R. Palanisamy dan Clr. Encik Sivam a/l Kalimuthu.
Kunjungan ini turut memberi ruang kepada perbincangan berkenaan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi penduduk di kawasan DUN Buntong. Beberapa cadangan penambahbaikan juga telah dikemukakan demi kesejahteraan komuniti setempat.
Majlis Bandaraya Ipoh komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pemimpin setempat dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mempereratkan hubungan dua hala dan menjadi pemangkin kepada penyelesaian isu-isu pembangunan serta kebajikan di kawasan Buntong.