Aktiviti & Berita

KUNJUNGAN HORMAT DAN PEMBENTANGAN OLEH LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA (LPSVN) KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 8 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Delegasi LPSVN diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Encik Amerrudin Ahmad, turut disertai oleh Encik Mohd Zuriyadi Sarpin, Kurator Kanan merangkap Ketua Unit Komunikasi Korporat LPSVN; Encik Erry Arham Azmi, Kurator Bahagian Pameran; dan Encik Mohd Khazrul Shaharuddin, Penolong Kurator Bahagian Pameran. Turut hadir dalam sesi ini ialah Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit serta pegawai kanan MBI.

Sepanjang sesi kunjungan, pihak LPSVN telah membentangkan hala tuju strategik serta perancangan penubuhan Balai Seni Negara Cawangan Ipoh, yang dirancang untuk beroperasi di Bangunan Pejabat Pos Lama, Ipoh. Inisiatif ini dijangka mampu memperkukuh ekosistem seni visual dan kebudayaan di bandar raya ini, selain menjadi pemangkin kepada pembangunan pelancongan seni di negeri Perak.

YBhg. Datuk Bandar dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LPSVN atas kerjasama strategik ini dan menegaskan komitmen MBI dalam menyokong usaha menjadikan Ipoh sebagai hab seni visual dan budaya yang unggul di peringkat nasional.

528228530 1144270931058759 7227439402573823429 N
528692588 1144270907725428 3275621195661004249 N
528714487 1144270827725436 328915145559454141 N
528791477 1144270941058758 4762607673741866876 N
528994178 1144270904392095 8892563259265584336 N
529283891 1144270971058755 1769846417896110187 N
529393671 1144270791058773 3745809610583535714 N
529691299 1144271004392085 7566829876566947409 N
530041837 1144270981058754 946419305432790014 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017746