20 Jun 2025-YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat
Sprm Negeri Perak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak.
Kunjungan ini telah disambut oleh Pengarah SPRM Negeri Perak, YBhg. Dato' TPj Ahmad Sabri bin Mohamed.
Tujuan kunjungan adalah untuk mendapatkan maklumat, nasihat serta berkongsi pandangan berkaitan pemantapan budaya integriti dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk usaha memperkukuh mekanisme pencegahan rasuah, penerapan nilai-nilai integriti dalam kalangan warga kerja MBI, serta jalinan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan SPRM.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak MBI untuk mewujudkan persekitaran kerja yang telus, berakauntabiliti dan bebas daripada amalan rasuah.