Aktiviti & Berita

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI NANNING MUNICIPAL PEOPLE'S GOVERNMENT KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 11 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Nanning Municipal People's Government yang diketuai oleh Mr. Kuang Di, Timbalan Setiausaha Agung Kerajaan Bandaraya Nanning, di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Setiausaha Bandaraya dan Ketua Jabatan MBI.

Perbincangan semasa kunjungan menumpukan kepada peluang kerjasama strategik dalam bidang pembangunan bandar, pelaburan serta pengukuhan hubungan dua hala antara Ipoh dan Nanning. Delegasi dan pihak MBI turut bertukar pandangan mengenai pembangunan ekonomi, pelancongan dan teknologi pintar bandar yang boleh diperkukuhkan bersama.

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat demi memajukan kedua-dua bandar dan memberi manfaat kepada rakyat.

529954523 1147065660779286 6105638758787748827 N
530267275 1147065710779281 5264216970786009159 N
530377171 1147065630779289 1995122061466276108 N
530657674 1147065597445959 673588119760793096 N
530831973 1147065604112625 6741701520485324876 N
530957005 1147065700779282 7055558541648852578 N
531556226 1147065740779278 8917283384471782039 N
532252449 1147065650779287 6860383912126244069 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017742