Ipoh, 18 Julai 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sekolah Kebangsaan Raja Chulan di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.
Delegasi tersebut diketuai oleh Yang Dipertua PIBG SK Raja Chulan, Encik Abd Rahin bin Mat, bersama Guru Besar SK Raja Chulan, Encik Fadzir bin Shaharuddin serta ahli rombongan yang lain.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta menjalin kerjasama strategik antara pihak sekolah dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam aspek pendidikan, pembangunan pelajar dan inisiatif komuniti setempat.
Datuk Bandar Ipoh turut menyambut baik usaha pihak sekolah dalam melibatkan agensi kerajaan tempatan demi kepentingan murid dan warga sekolah secara keseluruhan.