Aktiviti & Berita

KUNJUNGAN HORMAT GURU BESAR SK RAPAT SETIA KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 18 Julai 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh hari ini menerima kunjungan hormat daripada Puan Nor Hizan binti Abd. Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rapat Setia bersama delegasi sekolah di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan projek inovasi sains sekolah yang diberi nama "MycoWrap", iaitu satu inisiatif memproses sisa cendawan sisir (Schizophylium commune) menjadi pembungkus makanan mesra alam. Inovasi ini adalah hasil kerjasama antara warga pendidik, murid-murid SK Rapat Setia serta komuniti setempat, yang turut menyokong aspirasi kelestarian alam sekitar dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

"MycoWrap" telah berjaya menjuarai pertandingan inovasi peringkat negeri dan kini bersedia melangkah ke pentas Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2025 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Datuk Bandar Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan usaha murni pihak sekolah dalam memperkasakan pendidikan berasaskan kelestarian. Beliau turut menyatakan sokongan penuh dan mendoakan kejayaan kontijen SK Rapat Setia di peringkat kebangsaan, seterusnya mengharumkan nama bandar Ipoh melalui pencapaian pendidikan inovatif ini.

518257700 1127744956044690 4369189982656696130 N
518269217 1127744989378020 5481890440380465847 N
518403640 1127744906044695 4798928793360934239 N
518834705 1127744946044691 7742396847526169281 N
518952386 1127744972711355 8710491050640954782 N
520236814 1127744902711362 8593484702953728440 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2025.
  • Jumlah Pelawat 5812609