Aktiviti & Berita

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN PERSATUAN HOKI PERAK KE ATAS DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 18 November 2026 – YBhg. Dato’ Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Hoki Perak (PHA).

Kunjungan yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Saiyuti bin Abdul Samat, Presiden PHA ini bertujuan mempererat hubungan kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan PHA, khususnya dalam memperkasa pembangunan dan kemajuan sukan hoki di negeri Perak.

Hadir sama pada sesi kunjungan ini, Encik Norazmi bin Safar Setiausaha Kehormat dan Tuan Haji Ahmad Kamil bin Md. Don, Bendahari Kehormat PHA. Turut terlibat pada sesi ini Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Perkhidmatan Komuniti MBI serta Ir.Ts. Haji Arif bin Mohd Zainudin, Pengarah Kerja Awam Bandaraya MBI.

Pertemuan ini turut menjadi platform pertukaran pandangan mengenai potensi kerjasama dalam pembangunan bakat sukan, penyediaan kemudahan serta penganjuran program yang dapat meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan hoki.

910540278 1595097005976147 1592770329490237435 N
910540588 1595096699309511 4237172161103783069 N
910541095 1595096802642834 7812712762415098690 N
910541446 1595096959309485 6365664106217069209 N
910542058 1595096695976178 4938388598600025127 N
914357972 1595096752642839 6223636853271770959 N
914988544 1595096839309497 5341444985586133463 N
915856469 1595096855976162 7472047855083659362 N
916306080 1595096925976155 3632944031122822911 N
916372112 1595096932642821 4437230983810024668 N
916565967 1595096885976159 8701124764900065483 N
916626747 1595096895976158 3415702314554405507 N
}
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  •  Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7456494