Aktiviti & Berita

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL UNIDO KE ATAS DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 8 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada Mdm Chamsuk Sooksiri, Wakil United Nations Industrial Development Organization (UNIDO), bertempat di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Kunjungan ini diadakan sebagai usaha awal mendapatkan panduan serta nasihat teknikal daripada pihak UNIDO berhubung proses pembidaan Climate Resilience Adaptation Fund bagi Projek Kinta Riverine Ipoh Botanical Garden. Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik MBI ke arah memperkukuh daya tahan bandar terhadap perubahan iklim, menerusi pendekatan bersepadu dalam pemuliharaan sungai, pembangunan infrastruktur hijau serta pengayaan biodiversiti bandar.

Dalam sesi pertemuan tersebut, YBhg. Datuk Bandar turut mengutarakan persoalan mengenai prospek dan peluang Ipoh untuk memperoleh pembiayaan antarabangsa berkenaan, di samping membincangkan langkah-langkah penambahbaikan agar cadangan projek dapat memenuhi piawaian serta keutamaan yang ditetapkan oleh pihak pemberi dana.

Mdm Chamsuk dalam maklum balasnya telah berkongsi pandangan berharga berkaitan strategi pembidaan yang berkesan, termasuk penekanan kepada kekuatan komponen teknikal projek, penglibatan komuniti setempat, serta jalinan kerjasama antara pelbagai pemegang taruh.

Pertemuan ini turut membuka ruang kerjasama yang lebih kukuh antara MBI dan UNIDO dalam bidang pembangunan regeneratif dan adaptasi perubahan iklim, ke arah pelaksanaan projek berimpak tinggi yang mampan dan inklusif.

MBI amat menghargai kunjungan ini yang bukan sahaja memperkukuh rangkaian kerjasama antarabangsa, malah memberi hala tuju jelas dalam usaha menjadikan Ipoh sebagai bandar proaktif, bersedia mendepani cabaran perubahan iklim demi kesejahteraan komuniti masa depan.

528577733 1143997847752734 6879367416340871652 N
528598232 1143998041086048 2848217487396204330 N
528678086 1143998037752715 1338641781742402392 N
528704023 1143997897752729 4039599544084823394 N
528714030 1143997867752732 1112869032322719854 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7017747