Aktiviti & Berita

KURSUS ASAS HANDMADE CROCHET BANTU GOLONGAN B40 JANA PENDAPATAN

Ipoh, 12 Julai 2025 – Golongan B40, ibu tunggal, suri rumah belia dan Orang Kurang Upaya (OKU) diberi peluang memperolehi kemahiran baharu melalui penganjuran Kursus Asas Handmade Crochet anjuran Jabatan Perkhidmatan Komuniti, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berlangsung di Dewan Kuliah, Pejabat Lama MBI, di sini hari ini.

Kursus sehari itu dikendalikan oleh Puan Fauziah binti Suhaimi, seorang penggiat kraf tangan berpengalaman lebih 30 tahun yang aktif menyertai pameran dan jualan di pelbagai lokasi termasuk Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh, agensi kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah.

Program ini merupakan antara inisiatif MBI dalam memperkasakan komuniti melalui penjanaan pendapatan berasaskan kemahiran. Selain crochet, Jabatan Perkhidmatan Komuniti turut menganjurkan kursus kemahiran lain seperti gunting rambut, solekan, dan penyelenggaraan penyaman udara kediaman.

Kursus seumpama ini mampu membuka ruang kepada peserta untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah sekaligus membantu menambah pendapatan isi rumah.

MBI akan terus komited menganjurkan lebih banyak program pembangunan komuniti yang bersifat inklusif dan mampan pada masa akan datang.

517583047 1124603263025526 7128787507731625334 N
518071440 1124603229692196 2120980108424868176 N
518172113 1124603213025531 4115399076945786474 N
518264789 1124603299692189 7352783012355855958 N
518310991 1124603273025525 5624708240926329995 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2025.
  • Jumlah Pelawat 5812633