Aktiviti & Berita

KURSUS MISI TRANSFORMASI DIRI: HEBATKAN POTENSI, TINGKATKAN PRESTASI SIRI 1

Ipoh, 1 Julai 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini mengadakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Misi Transformasi Diri: Hebatkan Potensi, Tingkatkan Prestasi Siri 1 bertempat di Ipoh Convention Centre (ICC).

Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh.

Program ini memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh potensi diri, meningkatkan prestasi kerja serta membudayakan sikap positif dalam kalangan warga kerja MBI.

Penganjuran kursus ini juga bertujuan membentuk warga kerja yang lebih berdaya saing, berintegriti dan komited dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Sebelum menyempurnakan perasmian penutup kursus berkenaan, YBhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abd Rahman turut menyampaikan ceramah bertajuk “Cara Hebatkan Potensi dan Tingkatkan Prestasi Diri di Tempat Kerja”.

Melalui kursus ini, seramai tiga orang pegawai kesihatan daerah telah dijemput bagi menyampaikan taklimat serta mengendalikan latihan dalam kumpulan kepada para peserta.

Turut hadir sebagai penceramah ialah Encik Mohd Syahrir bin Zakaria, Ketua Unit Integriti, Majlis Bandaraya Ipoh.

MBI berharap penganjuran program seumpama ini dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan warga kerja yang lebih produktif, profesional dan bersedia menghadapi cabaran semasa, sekali gus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat.

735415740 1410992634386586 9081850905827443805 N
735897705 1410992547719928 5011844613576354262 N
735945403 1410992581053258 4352381228143879964 N
735946173 1410992524386597 909537854149625873 N
736045602 1410992571053259 1474382418738849113 N
736182229 1410992621053254 1509635005384340938 N
737422214 1410992627719920 6590877394148280592 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 02/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6849853