Aktiviti & Berita

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) KUMPULAN PELAKSANA PERKASA INISIATIF ANTIRASUAH DALAM PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) KUMPULAN PELAKSANA PERKASA INISIATIF ANTIRASUAH DALAM PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH
Ipoh, 23 September 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Kursus Khas Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) bagi kumpulan pelaksana yang diselaraskan oleh Unit Integriti, MBI bertempat di Ipoh Convention Centre, Ipoh.

Seramai 120 orang peserta kursus terdiri daripada kumpulan pelaksana MBI telah menyertai dan menjayakan kursus ini.

Melalui kursus ini, MBI memperteguh komitmen memperkukuh tadbir urus, integriti dan pencegahan rasuah dalam perkhidmatan awam. Peserta kursus diberi pendedahan dan interaksi mengenai dasar berkaitan pembudayaan integriti, bentuk kesalahan lazim dalam perolehan kerajaan, pengurusan risiko rasuah (CRM) dan pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 (NACS).

Kumpulan pelaksana merupakan barisan hadapan (frontliners) MBI yang berurusan secara langsung dengan masyarakat seperti penguatkuasaan, lesen, dan operasi lapangan. Pendedahan menerusi MPGIA memastikan peserta kursus tidak mudah terdedah kepada risiko salah guna kuasa, mengekalkan akauntabiliti, serta mampu menyampaikan perkhidmatan yang telus dan cekap.

Kursus ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu Encik Mohammad Rozli bin Yusuf, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Perak dan turut disertai Encik Irwan Effendie bin Mohammad Shukri, Ketua Unit Integriti MBI.

819237490 1515506987268483 9012290439208321784 N
819287666 1515507033935145 6710250492109797788 N
820037145 1515507040601811 6130923838034395827 N
820269619 1515507073935141 4205379787124697833 N
825201825 1515507000601815 1489238321641043765 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 28/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7175982