Majlis Bandaraya Ipoh telah menganjurkan Kursus Peralihan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (Anti Bribery Management System) kepada versi baharu pada 21 hingga 23 April 2026, sebagai persediaan peralihan daripada standard MS ISO 37001:2016 ke versi MS ISO 37001:2025.
Kursus dan bengkel ini telah dihadiri oleh Ketua Unit Integriti, Encik Syahrir bin Zakaria, pegawai-pegawai MBI, Ahli Jawatankuasa Kerja ABMS dan Juruaudit Dalaman yang dilantik. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Suhaini binti Haji Hassan daripada Mercu Inovasi Training & Consulting.
Program selama dua hari ini menfokus kepada pengukuhan tadbir urus, integriti dan ketelusan organisasi selaras dengan keperluan semasa.
Peralihan kepada MS ISO 37001:2025 mencerminkan komitmen berterusan MBI dalam memerangi rasuah melalui penekanan kepada budaya anti-rasuah, akauntabiliti pengurusan, pengurusan risiko termasuk ESG (Environmental, Social, Governance) yang boleh mempengaruhi risiko rasuah serta pengukuhan usaha wajar (due diligence) dan pengurusan konflik kepentingan.
MBI ke arah organisasi yang lebih berintegriti dan merealisasikan tatakelola yang mantap bagi dalam mencegah ketirisan dan salah guna kuasa.
Integriti bukan sahaja melakukan perkara yang betul apabila orang melihat, tetapi melakukan perkara yang betul walaupun tiada sesiapa yang melihat.